Powered By Blogger

Selasa, 26 Jun 2012


Mengharap sesuatu yang tak muhgkin

Dirimu umpama sinar menerangi gelita
Yang hadir secara tiba-tiba
Menyedarkan aku dari lena
Dan mimpi yang menghalang cinta
Pintu hati yang lama terkunci
Ku biarkan terbuka sendiri
Menyimpan rasa yang sukar di gambari
Hanya menunggu jawapan yang tak pasti
Engkaulah ilham bila ku menatap mu
Engkaulah semangat bila ku mendengar suara mu
Namun ku hanya insan biase
Yang tidak mengerti mengungkap kata cinta
Ku tahu dirimu sukar di miliki
Banyak halangan yang perlu ku tempuhi
Bagai gagak dan merpati
Yang mahu terbang bersama di langit tinggi
Ku sebenarnya masih perlu di pimpin
Kerana ku mengharap sesuatu yang tak mungkin
Umpama lalang ditiup angin
Menanti kemarau di musim dingin
Bagaimanakah akhiran rasa cinta ini
Adakah hanya menjadi sejarah di hati

Seafood sedoot(16/4/2009)

p/s:dh brhabuk bnde ni aq smpan....bnyk lg,aq akn post kt entri len(tgok mood la)
ade cerite di sebaliknye........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan